• UM Convocation
  • umconvo@um.edu.my
logo
logo

IFTAR PERDANA 1444H

 13 April 2023 |  9.00 pagi - 11.30 malam |  Dewan Tunku Canselor, UM

Majlis Iftar Perdana ini merupakan anjuran oleh Portfolio Pendaftar dengan kerjasama pelbagai agensi/pertubuhan di bawah Universiti Malaya. Program ini berlangsung sepanjang hari dengan pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan seperti berikut:
(a) Bubur Lambuk Perdana
(b) Majlis Tadarus Al-Quran
(c) Iftar Perdana
(d) Solat Tarawikh Berjemaah
(e) Bantuan Kebajikan Pelajar dan Staf

Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus, Pengerusi UM Holdings meluahkan rasa bangga kerana berjaya mengumpulkan dana dengan kerjasama anak-anak syarikat UMH bagi tujuan penyerahan bantuan kepada seramai 850 pelajar dan staf yang memerlukan dengan penglibatan Naib Canselor UM, Profesor Dato’ Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor. Beliau juga berharap agar inisiatif dan majlis iftar seperti ini dapat diusahakan untuk tahun-tahun yang akan datang.

#RoadToUMConvo #UMisOne

Pengarah Program :
- Pn. Rumiza Ahmad (Ketua, Bahagian Pengurusan Organisasi & Governan)

Anjuran :
- Portfolio Pendaftar

Dengan Kerjasama:
- Pusat Hubungan Alumni & Kemajuan nstitusi (CARIA)
- Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM)
- Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas (PEKERTI)
- Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya (KKAUM)
- Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB)
- Jabtan Penerbit Universiti Malaya
- Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
- Surau Al-Jamia'ah APIUM
- Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM)

Tajaan oleh:
- UM Holdings
- Bank Islam

GALERI PROGRAM

Last Update: 10/09/2023