|
Polisi Unversiti Malaya telah menetapkan bahawa Ijazah dan Diploma cuma dikeluarkan sekali sahaja kepada graduan dan tidak lagi dikeluarkan untuk menggantikan yang hilang atau rosak. Oleh itu para graduan dinasihatkan menyimpannya dengan baik dan selamat. Juga dinasihatkan supaya membuat salinan yang mencukupi. Sekiranya Ijazah atau Diploma hilang dan rosak, pihak kami hanya akan mengeluarkan surat pengesahan penamatan dari program pengajian.
|