Laman Utama
Pembahagian Sesi Istiadat Konvokesyen
Penyelesaian Hutang Universiti
Pakaian Untuk Konvokesyen
Panduan Pengambilan Pakaian Akademik
Kad Jemputan / Pelekat Kereta / Kad Pintar Graduan
Rawatan Kecemasan
Masalah Kesihatan
Raptai
Ringkasan Gerak Cara Istiadat
Waktu Ketibaan Graduan dan Aturan Pada Hari Konvokesyen
Pengambilan Gambar Istiadat Konvokesyen
Pemulangan Pakaian Akademik
Pengambilan Skrol Ijazah / Diploma
Kesilapan Maklumat Di Dalam Skrol Ijazah Diploma Dan Transkrip Akademik
Penahanan Skrol Ijazah / Diploma
Kehilangan Skrol Ijazah/ Diploma
Borang Pengambilan Skrol Oleh wakil

Pelawat : 16302
dari 27 Julai 2009

                  
     
 
Kad Jemputan / Pelekat Kereta / Kad Pintar Graduan
 
1. Setiap graduan Sarjana Muda akan menerima dua keping kad jemputan tetamu (masuk dewan untuk dua orang sahaja), sekeping pelekat kereta dan kad pintar  graduan (graduant smart card) dari meja Seksyen Peperiksaan semasa pengambilan Pakaian Akademik. Manakala graduan Diploma akan diberi sekeping kad jemputan tetamu (masuk dewan untuk seorang sahaja) dan sekeping pelekat kereta.
2. Kad pintar graduan ini mestilah dibawa semasa sidang Konvokesyen saudara/saudari. Kad ini bertujuan untuk memanggil dan memaparkan maklumat graduan semasa menerima skrol. Ia juga digunakan untuk susunan perarakan masuk ke Dewan Tunku Canselor pada hari Konvokesyen berkenaan. Kad ini akan diambil semula oleh pegawai bertugas setelah selesai digunakan. Graduan hendaklah memastikan kad ini dijaga dengan baik.  Denda RM15.00 akan dikenakan bagi sebarang kerosakan (bukan berpunca daripada masalah teknikal) dan kehilangan kad tersebut.
3. Kad jemputan yang hilang tidak akan diganti.  Sila nasihatkan ibubapa dan tetamu supaya tidak membawa bayi dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun ke dalam Dewan Tunku Canselor.  Para tetamu yang tidak membawa kad jemputan tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.
4. Semua kenderaan graduan, ibubapa/tetamu ditempatkan di tempat letak kenderaan yang telah dikhaskan oleh Pejabat Keselamatan, Universiti Malaya. Sila ikut arahan Pegawai Keselamatan yang bertugas bagi melicinkan  urusan meletak kenderaan.
5

Para graduan adalah diminta memaklumkan kepada ibubapa / tetamu supaya berpakaian kemas seperti berikut :

  a) Pakaian Tetamu Lelaki  :
Kebangsaan/ Batik/ Lounge Suit/ pakaian smart casual yang sesuai dengan majlis
  b) Pakaian Tetamu Wanita  :
Kebangsaan/ pakaian sopan yang sesuai dengan majlis
* (Seluar Jeans dan Kemeja-T tidak dibenarkan sama sekali)
 
     
     
 
Copyright ©2009 University of Malaya